Assalamu `alaikum para bloger mania.
oia, tadi ane baru aja keluar cari pulsa, tiba2 datang adek letting bawa buku ntah apa, tapi dibuku itu ada lambang bulan-bintang. yang anehnya bintangnya terbalik. waw waw apa itu ? apakah ada effek israel yang mencampuri lambang yang konon katanya lambang milik orang islam tersebut. mari kita cari kebenarannya. barusan ane googling, ini ada beberapa info. yang nantinya akan mencerahkan mata agan2 sekalian.
Sejarah kepercayaan bangsa Mesir Kuno menganggap bulan sebagai tuhan perempuan, dewa wanita, dewa keibuan, dewa yang memiliki jiwa dan kelembutan perempuan. Juga dikenali sebagai Hathor dan Seshat. Paling seronok pabila meneliti kepercayaan masyarakat Cina terhadap bulan dengan anggapan di bulan terdapat seekor arnab dan seorang pemotong kayu tinggal di bulan. Arnab tersebut merupakan arnab yang menghasilkan ubatan herba dan mempunyai kisah dan kaitan dengan tukang kayu tersebut. Popularnya kisah arnab dan tukang kayu ini bukan sahaya terdapat dalam budaya Cina tetapi terdapat dalam budaya masyarakat Korea dan Jepun. Apa yang pasti, kepercayaan terhadap tukang kayu yang tinggal di bulan masih sama dengan kepercayaan Mesir kuno iaitu persamaan bahawa tukang kayu itu adalah seorang perempuan !!! Gambar dewa bulan ini biasanya akan muncul dicetak pada kotak-kotak kuih bulan apabila menyambut perayaan Kuih Bulan. Bagaimanapun kepercayaan dewa bulan ini lebih moden jika dibandingkan dengan kepercayaan mitos masyarakat Afrika dan Greek.
Dalam kepercayaan Hindu juga, terdapat dewa Soma yang kononnya mewakili bulan dan menaiki pedati yang ditarik oleh kuda berwarna putih. Soma juga dianggap sebagai salah satu minumam mujarab yang hanya disimpan di bulan. Ada sedikit persamaan dengan mitos Cina, bahawa bulan itu hanya dihuni oleh arnab dan tidak hairanlah ada golongan Hindu yang menanggap arnab itu salah satu penjelmaan semula dewa Soma di dunia.
Di Afrika, bulan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian mereka untuk bercucuk tanam serta menjalani kehidupan harian mereka. Antara kepercayaan mereka ialah menyediakan hidangan makanan kepada cahaya bulan yang kononnya mempunyai kuasa menyembuh penyakit. Melakukan penyerahan bayi yang baru lahir kepada cahaya bulan penuh ( bulan mengambang ) yang kononnya membawa kepada kebijaksanaan dan keadilan.
Bila kita teliti ajaran Islam, di mana letaknya bulan ? Tiada satu pun arahan untuk kita mempercayai, untuk menyembah atau melakukan ritual terhadap bulan. kalau kita cari maklumat tentang bulan dan bintang, kita akan mendapati beberapa kenyataan bahawa lambang bulan dan bintang merupakan lambang penyembahan kumo masyarakat di kawasan tengah Asia. Ayooo… cuba jawab. Pesal nk letak bulan bintang sebagai lambang Islam ?
Bulan dan bintang itu sekadar perlambangan. Ia tidak mutlak untuk orang Islam. Boleh dikatakan bahawa Islam tidak perlu kepada lambang bulan bintang. Sejarahnya, bulan dan bintang mula digunakan sebagai pelambangan Islam ketika empayar Othmaniyah. Ketika mereka menawan Istanbul pada 1453, mereka mengambil bendera sedia ada di Istanbul. Apabila kita baca pula sejarah bendera negara Turki sekarang, ia ada menyebutkan juga bahawa simbol bulan dan bintang terlebih dahulu digunakan di kota kerajaan Constantinople ( nama asal Istanbul sebelum ditawan ) bagi melambangkan dewi pelindung kerajaan Byzantin.
Erm…macam mana skrg ni ? Lambang bulan bintang asasnya adalah lambang bukan Islam ? Dalam lambang serta bendera dunia pon, ada negara bukan Islam yang menggunakan bulan dan bintang seperti Singapura. Ada negara Islam, tidak pula meletakkan bulan dan bintang sebagai lambang pada bendera mereka seperti Indonesia,
Aku pon tiada solusi pasal lambang bulan dan bintang ni sebab lambang sekadar lambang dan pada aku Islam tak perlu kepada lambang tetap seperti salib untuk Kristian dan bintang David untuk Yahudi. Lebih memalukan lagi bila kita sedar lambang bulan dan bintang itu lambang kepada dewa dan dewi kuno. Adeyh.. Dah tak boleh taip apa-apadah.. Sendiri mau fikir…Kalau ada solusi, cadang2kanlah..
0 komentar:
Posting Komentar